Selamat Datang

Welcome to my Lolani2u Website.

(Independent Distributor for Victory Vision Network Sdn Bhd)

Anda rasa anda hebat?

Our Ways Become True For Your Dream

Vivi-network adalah satu bisnes dinamik yang menyediakan banyak peluang keemasan - satu program pemasaran penjualan langsung yang direkabentuk khas untuk memberi inspirasi kejayaan bagi para usahawan. Tanpa mengira pengalaman, latarbelakang atau sumber-sumber, ia adalah satu platform bagi semua untuk melangkah masuk ke dalam satu pengalaman baru yang akan memberi kebebasan kewangan dan juga pencapaian yang sentiasa diidamkan.
Kami percaya bahawa kemewahan patut dikongsi, bukan dimonopoli. Produk-produk terkini yang releven untuk pasaran digabungkan ke dalam modul bisnes pemasaran berangkaian yang terbukti keberkesanannya, dan seterusnya di bawa ke pasaran. Keputusannya adalah kewujudan satu peluang untuk memajukan diri yang ringkas, senang untuk dilaksanakan, dan yang paling penting, ianya sentiasa sedia untuk bertukar menjadi kejayaan untuk mereka yang berazam.
Vivi-network adalah lebih dari hanya satu program untuk mencari kemewahan. Kami berkeinginan kuat untuk mengubah hidup masyarakat, dan ini kelihatan di dalam setiap aspek operasi kami - dari nilai-nilai yang disemai dalam ahli-ahli, hingga ke produk-produk berkualiti kami yang berasaskan kepentingan keperluan. Paling penting sekali, kami adalah tumpuan bagi individu-individu yang mempunyai minda yang sehaluan. Sesiapa sahaja yang berani untuk merealisasikan impian mereka boleh bergabung tangan dan berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kebolehan masing-masing untuk mengalami perkembangan dan mengecapi kejayaan bersama-sama.

Untuk maklumat lanjut serta tempahan produk hebat Lolani, sila hubungi - 013 6410135

Rahsia Formula Rempah Ratus dan Pelbagai Herba dari turun temurun dan pengamal perubatan tradisional Melayu yang juga di amalkan oleh keluarga di raja sejak beribu tahun dahulu.

Sunday, January 17, 2010

Formula Lolani


Lolani dihasilkan dari gabungan herba terpilih yang sememangnya telah diakui sejak turun kemurun. Minuman herba Lolani mampu memberi kesan yang amat luar biasa kepada setiap pengguna.
Lolani diperbuat dari:
1) Manjakani
Antara bahan utama dalam pembuatan Lolani adalah Manjakani/Buah Ajaib (Curora Meomosa/Querus Infectoria Oliv/Oak gall) telah digunakan secara meluas sebagai bahan dalam Perubatan Tradisional sejak berabad-abad lalu oleh orang-orang Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu (sejak 2725 S.M oleh orang-orang Mesir Purba). Ianya kaya dengan Tannin, Asid tanile, Antioksidan, Vitamin (terutama A dan C), Kalsium, Besi, Serat, Protein dan Karbohidrat. Manjakani juga kaya dengan unsur-unsur seperti Astringen, Anti-microbial dan Antiradang. Ianya baik untuk merawat otot-otot di dalam faraj, mengawal lendir dan lelehan faraj (mencegah keputihan), membersih lelehan haid dan nifas, mengecutkan semula tisu-tisu serta otot-otot peranakan, mengetatkan otot-otot payudara, menghapuskan bakteria, kulat dan kesan fungus (sekitar vagina), merawat kronik ulser, mengekalkan awet muda, menegangkan dan mencantikkan kulit serta menceriakan wajah.

2) Ramuan kedua Lolani ialah Emas Cotek/Pokok Barito/Pokok Serapat, Agoluran, Sempit-sempit, Pokok Telinga Kera (Vitex trifolia, Ficus deltoldea Jack, F Diversifolia Blume, F Letuseens Dest, F motleana Miq, Traningularis) dari famili Moracea. Ianya terdiri daripada 30 jenis spesis yang mana dipanggil tumbuhan atas pokok, batu, gambut (Epifit) Tumbuhan Menumpang yang dikenali sebagai pokok Raja Segala Ubat, Penawar Segala Penyakit oleh Pengamal Perubatan Tradisional Melayu terutama masyarakat Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Merupakan Pusaka Asli Wanita dalam Perubatan Melayu). Tumbuhan Emas Cotek telah pun diakui khasiatnya oleh Dr Azizul Abdul Kadir (Pengarah Bahagian Tumbuhan Herba-FRIM).

Diantara khasiatnya ialah mengecutkan salur peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asl serta mengukuhkannya, membantu melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah sakit puan (senggugut, keputihan, melawaskan haid, barah pangkal rahim, barah payu dara), mengurangkan keletihan dan meningkatkan keinginan seksual wanita, agen membantu mengekalkan awet muda, keayuan dan pulih dara. Di sampimg ianya verkhasiat untuk wanita Emas Cotek juga mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti tenaga batin, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, paru-paru berair, sakit urat, gaut, cirit-birit, penyakit kulit, migrain, angina ahmar dan memecahkan lemak serta memotong kolestrol dalam darah.

3) Ramuan penting Lolani selanjutnya ialah Love Wood
Love Wood/Kayu Cinta telah digunakan oleh kaum wanita Orang Asli dan Tempatan (terutama penduduk Pantai Timur Semenanjung Malaysia) sebagai air rebusan minuman untuk menjaga kesihatan luaran dan dalaman wanita sejak berkurun lamanya. Ianya berfungsi untuk menyembuhkan luka dalaman faraj dan peranakan serta merapatkan kembali otot-otot peranakan dan faraj yang kendur selepas proses melahirkan bayi.

4) Di dalam minuman herba Lolani juga terdapat satu lagi ramuan penting iaitu Akar Serapat (Tuberculata/Paramignya Polyneura) merupakan sejenis pokok yang tumbuh subur di kawasan tanah tinggi di Asia Tenggara. Wanita Melayu di Asia Tenggara menggunakannya bagi tujuan mempercepatkan pemulihan rahim dan saluran peranakan, menegangkan payudara dan otot-otot abdomen serta memperkuatkan dan menegangkan otot pelvic bagi mencegah kegelinciran (Prolaps) uterus (Keguguran) sejak berkurun-kurun dahulu. Ianya juga membantu merapatkan otot-otot faraj bagi tujuan memberikan kepuasan kepada kaum lelaki sewaktu mengadakan hubungan kelamin serta melancarkan aliran darah ke organ wanita untuk meningkatkan kadar oksigen bagi mengekalkan kesihatan fungsi organ dan mengatasi masalah kelesuan ketika haid.

5) Kacip Fatimah (Labisia Pumila) juga merupakan ramuan penting Lolani . Ianya terbahagi kepada dua jenis bergantung kepada bentuk daun (lebar atau tirus), yang lebar dikatakan lebih sesuai dan berkhasiat untuk wanita yang dah berkahwin manakala yang tirus untuk anak dara (remaja) dan warnanya berbeza-beza bergantung kepada tempat (Merah/Hijau). Kacip Fatimah juga dikenali sebagai Selusoh Fatimah, Rumput Fatimah, Akar Fatimah, Tadah Matahari, Bunga Belengkas Hutan dan pokok Pinggang (nama setempat). Di akhir-akhir ini telah dibuktikan dengan kajian-kajian oleh pihak universiti-universiti tempatan (UKM, UPM, USM dan UiTM) dimana ianya bermutu tinggi serta berkhasiat untuk digunakan dalam penjagaan kesihatan kaum wanita. Ianya banyak mengandungi Phyto-estrogen yang amat baik untuk menyelaraskan kitaran haid, mengurangkan symptom pra-haid (senggugut), meningkatkan kesihatan Sistem Reproduktif (kesuburan), serta meningkatkan estrogen (hormon wanita) bagi membantu mengatasi masalah Libido (Penurunan Daya Keinginan Seksual) serta mengetatkan otot-otot vagina.

6) Lolani juga menggunakan Nenas Batu (Disonia Stylosum) di dalam pembikinannya. Ianya juga dipanggil Bunga Kembang Setahun. Nama Bunga Kembang Setahun diambil berdasarkan keunikan bunga ini yang tidak layu atau rosak walaupun selamanya disimpan. Ianya telah digunakan sebagai Herba untuk perubatan sejak turun-temurun lagi terutamanya bagi Masyarakat Timur Tengah (Catatan Perubatan-Naskah Khoja Muhamad Turki). Bunga ini sememangnya telah dijadikan amalan (Digunakan) oleh Puteri-puteri Raja Mesir Kuno zaman dahulu (Permaisuri-permaisuri Firaun-Mesir Purba) dan ianya ditanam di taman-taman istana firaun. Menurut kitan lama India ia merupakan juga ubat rahsia yang digunakan oleh Ratu Shah Jehan (Mustaz) yang terkenal dengan kecantikkannya sehingga Shah Jehan sanggup membina mahligai Taj Mahal sebagai lambang cintanya. Nenas Batu ini amat baik digunakan untuk mengatasi masalah kelesuan, masalah libido (penurunan daya seksual), menjadikan pengaliran darah seimbang, mengembalikan tenaga serta memulihkan segala urar yang rosak selepas bersalin, awet muda serta kehebatan luar biasa terutama sekali dalam soal seksual, mengatasi senggugut, keputihan dsbnya. (catitan-rujukan a) Kitab Khoja Muhamad Turki b) Kitab Tajul Muluk c) Kitab Seribu Hikmat d) Kitab Hukum Jemak e) Kitab Yoga.

7) Lolani juga diperbuat dari Jintan Hitam. Ianya juga dikenali sebagai Nigella Sativa, Black Cummin, Black Seed, Habbatul Barakah, Habbatul SSaudah dan Blesed Seed. Jintan Hitam telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Tumur Tengah (India dan Arab), serta Eropah untuk mengubati pelbagai macam jenis penyakit. Dari segi Perubatan Islam ianya digunakan sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Hadis yang berbunyi “Tetaplah dengan Habbattulssaudah (Jintan Hitam) kerana sesungguhnya ianya mengandungi ubat bagi segala penyakit kecuali al-sam (Mati)”. Dari segi saintifik, jintan hitam mengandungi minyak tepu, minyak tidak tepu, minyak-minyak asas (Sterol Thymohydroquinone, Carvone, Limonine, Cymene). Alkaloids, Saponin dan Asid Amino (Monosacchariele glukosa, Xylosa, Polysaccharide, karotene,(vitamin A). Khasiat-khasiat jintan hitam amat banyak sekali seperti meningkatkan sistem imunisasi badan (Daya tahan penyakit), mengatasi cirit-birit serta masalah dalam perut, menghalang pembentukan sel-sel tumor, menggalakkan pengeluaran susu, mengurangkan tahap kolestrol, menguatkan otot-otot peranakan, mencegah daripada terkena barah payu dara dan pangkal rahim serta menambahkan tenaga dalaman dan luaran wanita.

Gabungan herba-herba terpilih di atas, menjadikan minuman herba Lolani amat luar biasa bagi mereka yang ingin sentiasa sihat, ceria dan sentiasa muda dari sudut luaran dan juga dalaman.

No comments:

Post a Comment